Sunday, 9 September 2012

TANAMAN HIASAN

Pernahkah kamu melihat ibu bapa atau tukang kebun menanam pokok? Pernahkah kamu sedar jenis-jenis pokok yang terdapat disekeliling kamu? Baiklah, hari ini kita akan belajar tentang Tanaman Hiasan..Cuba kamu perhatikan pokok atau tumbuhan yang terdapat di sekeliling kamu..Dapatkah kamu senaraikan jenis-jenis pokok tersebut ?

Sebelum itu, mari kita belajar tentang cara menyemai biji benih..Cuba perhatikan video di bawah


ALATAN TANGAN

video

Berdasarkan video di atas, pernahkah kamu terfikir bagaimana komponen -komponen di dalam kereta tersebut disambungkan ? Kesemua sambungan komponen itu mestilah menggunakan alatan tangan atau mesin kan.. Jadi pada kali ini, kita akan belajar tentang jenis-jenis alatan tangan dan fungsinya..Mari lihat slide di bawah ini.




BENTUK DI SEKELILING KITA


Siapa pernah main permainan ni ?? Adakah anda ketahui bentuk-bentuk yang terdapat pada permainan ini ?
Permainan lego ini dikatakan sangat menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak terumatanya di peringkat usia 5 - 8 tahun. Kanak-kanak akan berfikir dan mula menghasilkan bentuk-bentuk yang kreatif dan menarik..

Berdasarkan permainan ini, terdapat banyak bentuk-bentuk asas yang terdapat di dalamnya. Cuba kamu perhatikan benda-benda yang terdapat sekeliling kamu. Kesemua benda tersebut adalah terdiri daripada bentuk-bentuk asas.

Bentuk asas terbahagi kepada dua iaitu Bentuk 2D dan 3D. Berikut adalah bentuk-bentuk asas 2D.

1. Segitiga (merah)
2. Bulat (biru)
3. Segi empat tepat (Hijau)
4. Segi empat sama (Kuning)

Bentuk-bentuk asas 3D pula adalah seperti berikut :


1. Sfera
2. Prisma
3. Kuboid
4. Kiub
5. Silinder
6. Piramid
7. Kon

Berdasarkan gabungan bentuk-bentuk asas ini, maka wujudlah objek di sekeliling kita. Contohnya kereta, kipas, rumah, meja, dan lain-lain lagi..


Cuba perhatikan gambar rumah dan kereta tersebut.. Apakah bentuk-bentuk asas yang telah digunakan dalam menghasilkan bentuk rumah dan kereta tersebut ? Jadi, sebagai latihan, cuba reka bentuk satu objek atau benda yang menggabungkan bentuk-bentuk asas mengikut kreativiti kamu :)

KESELAMATAN DI BENGKEL


Cuba kita lihat video di atas..Faham x murid- murid mengenai betapa pentingnya menjaga keselamatan ketika berada di bengkel? Bengkel adalah tempat di mana kerja-kerja berat dilakukan. Setiap individu yang bekerja di bengkel akan terdedah dengan risiko kemalangan dan kecederaan. Ini kerana di bengkel terdapat bahan dan alatan yang tajam dan merbahya serta pelbagai jenis bahan kimia. Setiap murid perlu mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan dan tidak boleh bermain di dalam bengkel..UTAMAKAN KESELAMATAN.

Berikut adalah pemakaian yang sepatutnya ketika berada di bengkel :

Langkah -langkah berikut adalah langkah keselamatan ketika berada di bengkel :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke bengkel.
2. Jangan bawa beg masuk ke dalam bengkel.
3. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
4. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan cermat.
5. Laporkan sebarang kemalangan kepada guru yang bertugas dengan segera.
6. Pakai pakaian yang sesuai atau apron.
4. Lakuka kerja dengan cara yang betul, sentiasa berhati-hati dan tidak lalai.
5. Murid mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di bengkel.
6. Jangan bermain atau bergurau dengan kawan-kawan.
7. Jangan memakai barang hiasan semasa di dalam bengkel.
8. Fahami langkah kerja sebelum memulakannya.
9. Tanya guru sekiranya terdapat sebarang keraguan.
10. Bersihkan meja kerja dan kawasan bengkel setelah selesai menjalankan aktiviti.
11. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
12. Pastikan alatan, bahan dan perkakas sentiasa dijaga supaya selamat digunakan.

Akhir kata, marilah kita mematuhi peraturan keselamatan di bengkel untuk kebaikan bersama :)


KREATIVITI DALAM KEHIDUPAN

Masih ingat lagi tujuan KHSR diperkenalkan? Matlamat KHSR adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-kerja buat sendiri, mereka cipta dan cenderung berurus niaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

Berdasarkan matlamat Kemahiran Hidup ini, jika objektifnya tercapai, akan lahirlah generasi yang bijak, kreatif, inovatif dan produktif. Kemahiran ini perlu ada dalam diri individu dalam menghasilkan produk yang boleh menyelesaikan masalah manusia. Mari kita tonton beberapa video berikut...Ini adalah contoh dimana penggunaan kreativiti dan inovasi dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dan menarik minat pengguna. Pemikiran seperti inilah yang kita mahukan dalam menghasilkan produk yang boleh memajukan negara..


Mari kita lihat ... :)



video


video


video

Menarik bukan? dengan hanya inovasi dan kreativiti, ianya dapat menarik minat pengguna dan menyelesaikan masalah :)

Apa itu Kemahiran Hidup


Pada tahun 1990, Kerajaan mula memperkenalkan kurikulum baru dalam KBSR iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah (KHSR). KHSR adalah salah satu mata pelajaran yang diajar pada tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah. Menurut Yahya Emat (1994) mata pelajaran ini bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan harian dengan lebih produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang  kompleks dan sentiasa berubah.

Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawanan yang pesat pada era globalisasi ini. Ianya merupakan salah satu usaha yang dilakukan menerusi bidang pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang peka terhadap perkembangan teknologi, berupaya menangani cabaran dan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif, inovatif dan produktif.

Subjek ini memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai kemahiran, penggunaan teknologi dan keusahawanan seperti projek kerja kayu, litar elektronik,perniagaan dan keusahawanan serta pengetahuan-pengetahuan lain yang berkaitan dengan pendidikan teknik  dan vokasional serta  teknologi disamping menerapkan nilai-nilai murni.

Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba, memupuk sikap positif seperti mengamalkan budaya kerja yang baik dan bertanggungjawab. Ianya juga dapat mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti murid seterusnya dapat meningkatkan daya intelek mereka disamping penerapan unsur keusahawanan. Kesemua ini dapat menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).